fbpx

Import bawang Pakistan, Vietnam atasi bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazah memeriksa bekalan bawang dalam pemeriksaan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di sebuah pasar raya di Arau, hari ini.

ARAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menegaskan bekalan pelbagai jenis bawang di pasaran ketika ini adalah mencukupi.

Pengarahnya, Norazah Jaapar berkata, ini berikutan pihaknya mendapatkan bekalan dari Pakistan dan Vietnam.

Bagaimanapun beliau mengakui terdapat sedikit kenaikan harga membabitkan bawang merah, namun idak membebankan terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini.

“Keadaan ini berikutan keputusan negara India yang mengambil tindakan untuk menghentikan pengeksportan bawang merah sehingga Mac depan.

“Namun, bekalan bawang di negeri ini masih stabil memandangkan kita mengambil bekalan dari Pakistan dan Vietnam untuk memberi pelbagai pilihan kepada pengguna,” katanya selepas pemeriksaan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina (SHMMP) 2024 di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Kerajaan India sebelum ini memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac tahun ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI