fbpx

Akauntan, bekas pensyarah kena tipu RM6.47 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein

SHAH ALAM – Dua golongan profesional iaitu akauntan dan bekas pensyarah mengalami kerugian berjumlah RM6.47 juta selepas menjadi mangsa scammer, bulan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes pertama melibatkan wanita warga emas berusia 61 tahun yang membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi dekat sini, mengenai penipuan tersebut.

Katanya, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1.43 juta sehingga terpaksa menggadaikan barangan kemasnya.

“Suspek menyamar sebagai pegawai National Scam Response Centre (NSRC) dengan memaklumkan mangsa kononnya menjalankan aktiviti perjudian dan pengubahan wang haram.

“Mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu dan diarah meletakkan dua kad banknya di tepi jalan sebelum menyedari 262 traksaksi pengeluaran berjumlah RM1.43 juta dibuat dari akaun miliknya,” katanya.

Dalam pada itu, kata Hussein, kes kedua pula menimpa seorang akauntan berusia 55 tahun dengan kerugian berjumlah RM5.04 juta akibat ditipu sindiket pelaburan matawang kripto selepas  berkenalan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

“Suspek menawarkan keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat dengan mangsa telah memindahkan wang ke dalam akaun e-wallet.

“Sebanyak 143 kali pindahan dibuat sebelum mendapati akaun pelaburan itu gagal diakses dan suspek menghilangkan diri,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI