fbpx

Hadiah rai Tahun Baharu Cina bersama keluarga – Mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ah Chong ketika ditemui pemberita selepas tiba di Terminal 1 KLIA, Sepang hari ini. Foto AMREE AHMAD/ KOSMO!

SEPANG – Seorang mangsa jenayah pemerdagangan manusia jelas tidak dapat menahan sebak apabila akhirnya dapat pulang ke negara setelah tiga tahun terkandas di Myanmar.

Malah suasana pilu juga menyelubungi di dewan ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila mangsa disambut ibu dan saudaranya.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ah Chong, 34, bahkan memberitahu bahawa kepulangan kali ini menjadi hadiah cukup bermakna bagi sambutan Tahun Baharu Cina buat dirinya bersama keluarga.

“Terima kasih MHO (Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia) yang berjaya bawa saya balik dengan selamat,” kata anak kacukan Cina dan India itu ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, dia yang antara 10 mangsa diraikan MHO sejurus mereka tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Thai Airways iaitu penerbangan TG 415 dari ibu kota Thailand, Bangkok.

Baki dua lagi mangsa bagaimanapun dijangka pulang ke tanah air minggu depan ekoran ada beberapa isu dokumentasi imigresen masih diuruskan di negara jiran tersebut.

Ah Chong yang menetap di Rawang, Selangor berkata, dia pada asalnya dijanjikan bekerja di sebuah kasino di Thailand namun dia ditipu dan kemudian dibawa ke Myanmar untuk bekerja.

“Kami (mangsa) diugut untuk membayar tebusan sebanyak RM80,000 atau dipaksa bertugas sebagai ejen panggilan palsu untuk perniagaan wang maya kripto.

“Kami sering dibelasah oleh penyelia jika gagal mencapai sasaran ditetapkan malah gaji turut habis dipotong konon bagi bayar kos penginapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI