fbpx

Trafik dijangka sesak petang ini, 100,000 kenderaan masuk Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shukri menyampaikan beg cenderamata kepada pengguna jalan raya di Tol Alor Setar Utara di Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Aliran trafik di beberapa kawasan di negeri ini termasuk daerah Kota Setar dijangka mula sesak petang ini berikutan kira-kira 100,000 kenderaan yang akan masuk ke negeri ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai tiga pegawai dan 20 anggota ditugaskan sepanjang Op Selamat ke-21/2024 di daerah ini yang bermula semalam dengan sebanyak 342 saman telah dikeluarkan.

Katanya, pendekatan itu diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan sepanjang musim perayaan yang meningkat pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

“Statistik menunjukkan kemalangan pada Op Selamat 2023 meningkat kepada 114 kes berbanding 82 kes pada tahun sebelumnya yang masing-masing melibatkan dua kemalangan maut,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan beg cenderamata kepada pengguna jalan raya sempena Op Selamat ke-21/2024 di Tol Alor Setar Utara, di sini hari ini.

Selain itu, menurutnya, polis juga mengenal pasti lapan kawasan panas yang sering berlaku kemalangan di daerah ini termasuk di lampu isyarat Jalan Simpang Kuala, Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Datuk Kumbar, Derga, Taman Pandan, Kota Sarang Semut, Kuala Sungai dan Plaza Tol Alor Setar Utara.

“Selain itu kita turut melakukan rondaan memandangkan banyak yang akan meninggalkan rumah dan premis ditutup selama tiga hari sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini serta turut menumpukan kawasan pelancongan di Alor Setar,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama pengguna jalan raya sepanjang operasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI