fbpx

Bomba bantu remaja lelaki keluarkan anak panah tertusuk pada tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki cedera tangan kanan ekoran tertusuk anak panah ketika menangkap ikan malam tadi. Ihsan Bomba

RANAU – Seorang remaja lelaki cedera tangan kanan ekoran tertusuk anak panah ketika menangkap ikan malam tadi.

Mangsa berumur 18 tahun yang cedera berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan bantuan namun pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan dari Kecemasan Hospital Ranau, jam pukul 9.39 malam.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Ranau digerakkan ke hospital untuk membantu mangsa.

“Pasukan bomba bertindak memotong besi panah menggunakan bolt cutter dan seterusnya diserahkan kepada hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, keadaan mangsa stabil dan operasi tamat pada pukul 9.53 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI