fbpx

UMNO gesa KWSP permudahkan pengeluaran i-Sinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa untuk mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara ‘one-off’ maksimum RM10,000.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, di saat rakyat sedang kesempitan dalam mendepani keadaan luar biasa pandemik, amat wajar sekali kita mempermudahkan dan menyantuni keperluan mereka.

“Saya mendengar dan membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan pihak KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar akaun 1 KWSP,” ujarnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan oleh Menteri Kewangan ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.

“Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan UMNO termasuk sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri sejak dari awal tegas dan konsisten meperjuangkan isu tuntutan pengeluaran akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI