fbpx

Pas tidak sertai usaha pembentukan kerajaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pas telah memberi keputusan untuk tidak menyertai sebarang usaha bagi pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan turut mengesahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti tersebut memberikan sokongan kepada Menteri Besar dalam usul dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

“Pas mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak yang telah berlangsung di dalam DUN Perak hari ini di mana tiga ADUN Pas menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik Pas Pusat.

“Selaras dengan keputusan tersebut, Pas Pusat telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu.

“Meskipun demikian, Pas akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat Negeri mahupun nasional,” katanya hari ini.

Untuk rekod, tiga ADUN Pas di Perak ialah ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria; ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Terdahulu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN dalam usul undi percaya.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI