fbpx

Konsert Coldplay di Malaysia catat keuntungan RM52 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di laman Facebook Coldplay Malaysia.

PETALING JAYA – Konsert The Music of the Spheres World Tour yang dijayakan oleh kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur pada 22 November tahun lalu mencatat sejarah apabila menerima jumlah penonton paling ramai sepanjang mereka mengadakan persembahan.

Menurut laman X Coldplay Chart, konsert tersebut berjaya mengutip jualan sebanyak 81,812 tiket.

Konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut mencapai keuntungan kasar melebihi RM51 juta hanya untuk satu malam sahaja.

“Konsert di Malaysia merupakan kejayaan terbesar kumpulan tersebut,” jelas Coldplay Chart hari ini.

Difahamkan konsert tersebut menjadi konsert paling berjaya kumpulan itu kerana faktor penganjuran yang singkat iaitu hanya satu hari.

Selain itu, konsert kumpulan tersebut di Indonesia turut mencatatkan sejarah apabila berjaya mengutip keuntungan sebanyak RM66 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI