fbpx

Jemaah positif Covid-19, Masjid Al-Mustaghfirin ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Al Mustaghfirin di Sungai Tiram, Bayan Lepas ditutup serta merta bermula hari ini selepas terdapat jemaahnya yang dilaporkan positif Covid-19.

BALIK PULAU – Masjid Al-Mustaghfirin di Sungai Tiram, Bayan Lepas di sini ditutup mulai hari ini berikutan terdapat laporan kes positif Covid-19 membabitkan beberapa ahli jemaahnya.

Tinjauan Kosmo! di pekarangan masjid berkenaan petang tadi mendapati Notis Perintah Tutup Premis telah ditampal pada satu tiang penanda yang diletakkan di hadapan pintu pagar utama Jalan Sultan Azlan Shah.

Arahan penutupan masjid yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan itu berkuat kuasa hari ini sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak bagi tujuan menjalani proses sanitasi.

Difahamkan, jemaah terbabit terdiri ahli jawatankuasa masjid dan proses menyah cemar telahpun dijalankan pagi tadi.

Seorang penduduk berhampiran yang mahu dikenali Ishak Ahmad, 55, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara terbabit daripada salah seorang ahli jawatankuasa masjid berkenaan semalam.

“Pihak masjid turut memaklumkan perkara sama kepada semua jemaah pada tengah hari tadi menerusi laman sosial Facebook masjid berhubung solat Jumaat dan solat jemaah dihentikan buat sementara waktu bermula hari ini sehinggalah diberitahu kelak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Setakat semalam, negeri ini mencatatkan sebanyak 43 kes baharu dengan jumlah kumulatif kes positif adalah 2,220 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI