fbpx

Penggangur mengaku salah rempuh anggota JPJ bertugas di SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohd. Noor Nashriq (tengah) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. -Foto ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang penggangur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan cubaan membunuh dengan merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan gagal mematuhi isyarat untuk berhenti di sekatan jalan raya (SJR) pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Noor Nashriq Nawawi, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh dengan melanggar Mohamed Azrin Abdul Wahab, 44, ketika memandu sebuah kereta Perodua Kancil hingga mangsa cedera dan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Noor Nashriq didakwa gagal mematuhi isyarat untuk berhenti yang diberikan oleh Pembantu Penguatkuasa JPJ, Ahmad Shukri Ibrahim, 41.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di SJR depan Akademi JPJ Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai di sini, kira-kira pukul 9 malam pada 19 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Februari ini untuk prosiding jatuh hukum.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang anggota penguat kuasa JPJ Kelantan nyaris maut dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang cuba melarikan diri dari SJR di Jalan Kuala Krai, di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI