fbpx

Pemuda Pulau Pinang makan nasi kandar RM222

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemuda tersebut bersama hidangan nasi kandarnya yang berharga RM222.

PETALING JAYA – Seorang pemuda dipercayai berasal dari Pulau Pinang memecahkan rekod sebuah kedai nasi kandar terkenal di negeri tersebut apabila sanggup membayar RM222 bagi satu hidangan.

Melalui satu hantaran sebuah restoran nasi kandar berkata, pemuda tersebut memesan 16 ekor sotong dan 10 ekor udang masing-masing berharga RM7.50 seekor.

“Ayam goreng dua ketul, seketul RM5.50, telur sotong RM7, bendi RM1, nasi RM1 dan kari Kambing RM7. Kesemuanya bernilai RM222.

“All time biggest record ever. Orang Penang lagi. Seorang makan semua ini. Amat-amat dahsyat. Kita tidak paksa apa-apa dan kita bukan panggil dia makan.

“Dia sendiri datang makan dan buat rekod. Memang padu,” jelas hantaran dari Facebook restoran tersebut.

Jelas hantaran tersebut lagi, pemuda tersebut berjaya menghabiskan hidangannya itu dalam tempoh 55 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI