fbpx

MBPJ laksana bil cukai taksiran elektronik tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Bandaraya Petaling Jaya

PETALING JAYA – Bil taksiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) boleh dimuat turun secara elektronik melalui aplikasi ecukai@mbpj bermula penggal satu tahun 2021.

MBPJ dalam kenyataan berkata, peralihan serahan bil cukai taksiran secara fizikal kepada bil elektronik itu akan memudahkan lebih 250,000 pemilik harta di Petaling Jaya.

“Sepanjang tahun 2020, MBPJ menerima lebih kurang 2,000 bil yang dikembalikan kerana tidak dapat diserahkan kepada pemilik harta disebabkan alamat tidak lengkap dan menghadapi pelbagai masalah ketika penyerahan bil yang menggunakan alamat harta tanah kosong.

“Aduan orang awam yang tidak menerima bil pada tahun ini sebanyak 1,067 juga dapat diatasi dengan adanya aplikasi ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, aplikasi tersebut turut menyediakan integrasi dengan epay@mbpj dan kepada pemilik harta boleh membuat pembayaran bil cukai taksiran mereka secara atas talian dengan hanya menggunakan kad kredit, kad debit atau Pertukaran Proses Kewangan (FPX).

“Melalui platform ini, pengemaskinian pembayaran melalui aplikasi ecukai@mbpj adalah secara ‘real time’ dan ianya dapat mengurangkan pergerakan masyarakat berurusan di kaunter Majlis.

“Selain itu juga, pengurusan operasi dan sistem penyampaian Majlis yang efisyen dapat menjimatkan kos operasi dijangka sebanyak RM 800,000 setahun jika tiada lagi penghantaran bil cukai secara fizikal yang diamalkan seperti sebelum ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI