fbpx

MBS sita premis warga asing jual kurma, madu dalam pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI penguat kuasa MBS menjalankan pemeriksaan dan menyita sebuah premis perniagaan menjual kurma, madu dan wangian yang beroperasi tanpa lesen dan dikendalikan warga asing di dalam sebuah pasar raya di Seremban 2, Seremban, kelmarin.

SEREMBAN – Tindakan berani warga asing yang menjalankan perniagaan kurma, madu dan wangian di dalam sebuah pasar raya di bandar ini diambil tindakan apabila premis perniagaan tersebut diserbu anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS), kelmarin.

Hasil pemeriksaan penguat kuasa dari Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan terhadap premis itu mendapati perniagaan tersebut dijalankan tanpa lesen malah dikendalikan pula oleh warga asing.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, oleh itu pihaknya telah mengambil tindakan serta-merta dengan menyita premis berkenaan yang dipercayai telah beroperasi lebih setahun lalu.

Menurut beliau, semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat dua warga asing berusia lingkungan 30-an berada di premis terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis perniagaan yang menjual kurma, madu dan wangian itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dan dikendalikan sepenuhnya oleh warga Pakistan. Berikutan itu, satu tindakan sitaan serta merta ke atas premis tersebut telah dikenakan.

“Pihak penguatkuasa juga mengeluarkan satu kompaun kerana berniaga tanpa lesen, satu kompaun sitaan dan satu notis penutupan premis dengan tindakan di ambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Tred perniagaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat lesen ( warga asing),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kesemua barang sitaan seperti minyak wangi dan barangan berkaitan telah disimpan di dalam stor simpanan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan (JUUP) MBS.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI