fbpx

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam ditukar PETRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah

PETALING JAYA – Kerajaan semalam telah meluluskan cadangan menamakan semula Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, cadangan menamakan semula kementerian itu telah dibawa oleh Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut kementerian itu, perubahan tersebut bagi menggambarkan peranan sebenar dan tanggungjawabnya berkaitan usaha transformasi dalam bidang tenaga dan air negara.

“Tujuannya adalah untuk memastikan aspirasi kerajaan melalui fungsi dan tugas kementerian ini dapat difahami lebih jelas oleh masyarakat umum melalui nama baharu tersebut.

“Pemilihan akronim kementerian pula telah ditentukan melalui pertandingan secara terbuka kepada warga kementerian dan jabatan serta agensi di bawahnya.

“Sejumlah 105 cadangan akronim telah diterima dan PETRA terpilih sebagai akronim kementerian baharu ini. Akronim tersebut merujuk kepada pemilihan huruf-huruf terpilih yang dikaitkan dengan nama Kementerian.

“Peralihan Tenaga dizahirkan secara simbolik pada tiga huruf pertama (PET), manakala Transformasi Air dizahirkan secara simbolik melalui tiga huruf terakhir akronim berkenaan (TRA),” katan kenyataan tersebut.

Menurut PETRA, sektor Tenaga dan Air yang merupakan komponen terpenting dalam kehidupan dan kesejahteraan rakyat akan digalas oleh kementerian itu.

“Sehubungan itu, nama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan kementerian,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI