fbpx

Jenazah Zahalita selamat dibawa keluar dari Gunung Reskit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengusung jenazah Allahyarhamah Zahalita Othman untuk di bawa ke Hospital Jerantut bagi proses bedah siasat.

LIPIS – Jenazah pendaki wanita yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada Selasa lalu selamat tiba di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, dekat sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah Zahalita Othman, 53, yang berada di Gunung Reskit, Kuala Tahan dekat Jerantut berjaya dikeluarkan dari kawasan hutan dengan menggunakan helikopter MI -171 Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Komander Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM, Subang, Penguasa Bomba Kanan 1, Mohd Ruzaidi Ramlee berkata, operasi membawa keluar jenazah bermula pada pukul 7.30 pagi yang disertai seramai 14 kru penyelamat terdiri daripada anggota bomba dan pasukan Pusat Mencari dan Menyelamat Gunung Tahan (MOSAR).

“Alhamdulillah, sebaik tiba di lokasi sekitar pukul 8.30 pagi dalam jarak kira-kira 5,200 kaki, kita telah berjaya menurunkan dua anggota penyelamat bagi membantu membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung.

“Cuaca hari ini cukup membantu dan membolehkan operasi mengangkat mayat mangsa ke atas pesawat di udara setinggi 50 meter berjalan lancar tanpa apa-apa halangan,” katanya ketika ditemui di padang SMK Clifford dekat sini hari ini.

Mohd Ruzaidi berkata, pasukan penyelamat turut menurunkan 80 kilogram bekalan makanan kepada baki pendaki di Gunung Reskit.

Jelasnya, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Jerantut bagi urusan bedah siasat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI