fbpx

KPM belum terima aduan berhubung penggunaan ‘energy stick’ di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAH WOH (duduk tengah) bergambar bersama para penerima cek pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Johor 2024 di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum menerima sebarang aduan berhubung penggunaan ‘energy stick’ dalam kalangan murid serta pelajar sekolah di negara inj, setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh meminta mana-mana pihak yang mahu menyalurkan aduan boleh berbuat demikian menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM.

Katanya, perkara itu penting bagi memastikan kementerian dapat mengambil langkah pencegahan awal berhubung perkara tersebut sebelum keadaan menjadi lebih mudarat.

“Buat masa ini KPM masih belum terima aduan melibatkan sekolah rendah dan menengah, tetapi jika ada kita akan ambil tindakan tegas untuk pastikan kesihatan dan kebajikan murid-murid dan pelajar sekolah terjamin.

“Kita mahu pentadbiran setiap sekolah memantau perkara ini dan jika ada berlaku apa-apa kes, mereka hendaklah terus melaporkan ke KPM. Kita pandang serius isu ini,” katanya Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Johor 2024 di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, di sini hari ini.

Tambah Kah Woh, kementerian itu turut mengalu-alukan tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap peniaga yang menjual produk tersebut khususnya kepada murid-murid sekolah.

Sementara itu, berhubung majlis berkenaan, Kah Woh turut memberitahu KPM telah memperuntukkan sebanyak RM78,501,300 sebagai BAP kepada seramai 523,342 murid dan pelajar di 1,192 buah sekolah seluruh Johor.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI