NEW DELHI, India – Gara-gara taksub untuk merakam video sebuah supercar, dua penunggang skuter terjatuh akibat dilanggar sebuah motosikal dan hampir menyebabkan kemalangan maut di sebatang jalan di Bengaluru, lapor laman berita India Today semalam.
Berdasarkan rakaman insiden yang dimuat naik di platform X, dua penunggang skuter tersebut mengikuti kereta McLaren untuk membuat rakaman.
Disebabkan tidak menyedari tedapat motosikal lain di belakang, mereka terjatuh di atas jalan akibat dilanggar.
Video itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai isu keselamatan jalan raya.
“Penunggang skuter yang mengekori kereta McLaren di jalan Vittal Mallya berlanggar antara satu sama lain. Orang ramai sangat taksub untuk merakam video supercar,” demikian menurut keterangan video tersebut. – AGENSI