fbpx

Putera William tiada rancangan bertemu Harry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Raja Charles (kiri), Putera William (tengah) dan Putera Harry. - Foto Getty Images

LONDON – Pewaris pertama takhta Britain, Putera William tiada sebarang rancangan untuk menemui adindanya, Putera Harry yang pulang dari Amerika Syarikat (AS) selepas ayahanda mereka, Raja Charles III disahkan  menghidap kanser, lapor laman berita The Sun semalam.

Harry, 39, yang memakai gelaran Duke of Sussex terbang ke London dari Los Angeles, AS sejauh 8,046 kilometer untuk melawat Raja Charles.

Beliau dikatakan bertemu dengan Raja Charles di Clarence House, London sebelum monarki Britain itu menaiki helikopter ke Sandringham.

Tidak jelas tempoh masa atau di mana Harry akan tinggal selepas tiba di Britain tetapi menurut sumber dalaman, William, 41, tidak bercadang untuk menghubungi adindanya itu.

Putera Wales itu sebaliknya akan memberi fokus untuk menjaga isterinya, Kate Middleton yang sedang pulih daripada prosedur pembedahan perut.

Harry kini tinggal di California bersama isterinya, Meghan Markle dan dua anak mereka.

Pasangan itu diketahui umum berselisih faham dengan keluarga diraja Britain sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI