fbpx

Hanya yang layak nikmati pengecualian cukai pintu kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) menyaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim (kiri) menyerahkan dokumen IBR kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim , hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Pengecualian cukai pintu atau cukai taksiran kepada penduduk kampung secara bersasar bagi memastikan hanya penduduk yang layak sahaja menikmatinya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tidak semua penduduk di kawasan kampung itu adalah adalah golongan yang susah dengan mereka telah mendapat pengeculian cukai pintu sejak 2016 sehingga tahun lalu.

“Contohnya, satu pasangan yang menduduki rumah di kampung mempunyai lima buah rumah sewaan lain dan aktiviti (sewa) itu adalah aktiviti perniagaan.

“Mereka sebenarnya mempunyai kemampuan untuk membayar cukai (pintu) terhadap rumah yang mereka sewakan itu.

“Namun, bagi penyewa lima rumah ini pula, mereka boleh memohon (untuk tidak bayar cukai) jika layak,” katanya.

Terdahulu beliau bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor menandatangani Ikrar Besar Rasuah (IBR) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor yang mendakwa sebagai ‘double standard’ apabila memberhentikan pengecualian cukai ini kepada penduduk di kawasan tersebut.

Sementara itu, Amirudin menjelaskan rumah kampung yang tidak berada dalam lingkungan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak dikenakan cukai pintu.

“Masih banyak kampung di beberapa daerah seperti Sungai Air Tawar, Sabak Bernam yang mana hampir 100 peratus penduduknya tidak dikenakan cukai pintu.

“Sebenarnya, subsidi berkenaan adalah subsidi yang sampai kepada sasaran sebenar dan bukannya diterima semua orang,” tegasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI