fbpx

Sarawak, Perak belum ada e-Syariah versi 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amran berucap pada Majlis Wacana Kehakiman dan Perundangan Syariah 2024 di Hotel Everly, Putrajaya, hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berhasrat memperluaskan aplikasi e-Syariah melibatkan kesemua negeri di seluruh negara dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya yang juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd. Amran Mat Zin berkata, pada masa ini hanya Sarawak dan Perak masih belum menggunakan portal berkenaan atas sebab tertentu namun isu itu sedang giat ditangani.

Katanya, sistem pengurusan data bersepadu itu diharap dapat lagi ditambah baik dari semasa ke semasa demi rujukan dan kepentingan umat Islam.

“Saya juga berharap aplikasi ini melancarkan pengurusan kes dan menyediakan segala prasarana diperlukan bagi pendigitalan perkhidmatan di mahkamah syariah,” katanya ketika berucap pada Wacana Kehakiman dan Perundangan Islam 2024.

Portal bersepadu itu yang merupakan aplikasi perdana kerajaan elektronik mula dilancar pada 2003 sebagai sebahagian daripada pelan reformasi pentadbiran syariah di Malaysia.

Sistem ini mengintegrasikan segala proses terlibat dalam pengendalian kes di mahkamah syariah setiap daerah yang dihubungkan oleh rangkaian elektronik dengan pihak JKSM.

Mohd. Amran berkata, aplikasi itu kini turut mengandungi modul tambahan lain iaitu pemfailan kes dan nasihat secara elektronik, semakan kes dan perintah, rekod temujanji, hakam serta jurnal hukum.

Malahan versi baharu juga dilengkapi sistem pendaftaran peguam syarie dan e-review yang memudahkan pendakwa atau peguam menyemak dokumen serta interaksi secara maya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI