fbpx

Penjawat awam Selangor digalak daftar Padu – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) dan ahli MMKN Selangor membaca ikrar IBR dengan disaksikan Alias di Bangunan SUK hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Lebih 27,000 penjawat awam lantikan kerajaan negeri digalakkan untuk mendaftarkan butiran diri mereka di dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini bagi membolehkan mereka terus menikmati subsidi yang disediakan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mewajibkan kakitangannya mendaftar di dalam sistem tersebut, seperti yang dilaksanakan kerajaan Pusat.

“Kerajaan negeri mengalakkan mereka (kakitangan kerajaan negeri) mendaftar dalam sistem tersebut supaya (jabatan berkaitan) memperoleh maklumat yang lebih tepat kepada proses pemberian subsidi untuk masa hadapan.

“Namun, ada sebahagian penjawat awam dalam kerajaan Selangor adalah (berstatus) Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) iaitu mereka di bawah kerajaan Pusat. Jadi, mereka tertakluk dengan arahan yang diberikan kerajaan Pusat sebelum ini,” katanya.

Terdahulu Amirudin bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor menandatangani Ikrar Besar Rasuah (IBR) sambil disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, penjawat awam diminta untuk mengemas kini maklumat dan data mereka di dalam sistem Padu selewat-lewatnya 15 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI