fbpx

Tiada bolt pada palam pintu Boeing 737 Alaska Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pintu kecemasan pesawat Alaska Airline terbabit ditutup dengan plastik ketika ia berada di Portland, Oregon pada 23 Januari 2024. - AFP

WASHINGTON – Satu laporan dikeluarkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mendedahkan bahawa tiada bolt dipasang pada palam pintu pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Alaska Airlines, lapor saluran berita NBC News.

Pesawat dinaiki 177 orang itu meninggalkan Portland, Oregon pada 5 Januari lalu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ontario apabila panel pintunya tercabut ketika penerbangan. 

Ketiadaan bolt pada palam pintu pesawat itu dilihat menerusi satu gambar yang dirakam ketika ia berada di sebuah kilang di Renton, Washington.

“Gambar itu menunjukkan bukti bahawa palam pintu MED (tengah) di sebelah kiri ditutup tanpa perkakasan pengekalan (bolt) di tiga lokasi,” kata laporan tersebut.

Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menghargai usaha NTSB dan akan menyemak penemuan itu segera sambil meneruskan siasatan bersama agensi berkenaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

“Apa juga kesimpulan akhir yang dicapai, Boeing bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Peristiwa seperti ini tidak boleh berlaku pada pesawat yang meninggalkan kilang kami.

“Kami sedang melaksanakan satu pelan komprehensif untuk mengukuhkan kualiti dan keyakinan pihak berkepentingan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dave Calhoun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI