fbpx

Rewcastle-Brown dipenjara 2 tahun fitnah Sultanah Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clare Rewcastle-Brown

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri memerintahkan demikian selepas tertuduh didapati bersalah memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Beliau mengarahkan Rewcastle-Brown, 65, menjalani hukuman penjara dua tahun tersebut bermula tarikh sabit kesalahan iaitu hari ini.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita Britain tersebut kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh dalam kes berkenaan.

Prosiding perbicaraan kes semalam dijalankan secara ‘in absentia’ atau tanpa kehadiran di bawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah.

Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap wanita berkenaan berhubung fitnah dalam buku tersebut selain menuntut ganti rugi am RM100 juta.

Pada 23 September 2021, Rewcastle-Brown didakwa di Mahkamah Majistret di sini tanpa kehadirannya sebelum dia memohon untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K. Muniandy bagaimanapun menolak permohonan berkenaan pada 21 Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI