fbpx

Fizz Fairuz! Sila tengok ‘kasut’ orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZZ FAIRUZ dikecam kononnya tidak sensitif dengan kesukaran pihak lain.

ISU pihak sekolah mengadakan majlis graduasi di hotel yang mencecah kos RM150 sehingga RM250 masih hangat dijadikan topik perdebatan.

Terbaharu, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengulas isu yang mendapat ulasan rakan artis, Andrea Abdullah yang meminta guru besar mengambil kira kemampuan ibu bapa berpendapatan rendah.

Menurutnya kadar bayaran untuk merealisasikan acara untuk murid di tempat mewah tidak masuk akal apabila bukan semua keluarga mampu mengeluarkan bajet sebanyak itu.

Pandangan panjang lebarnya meraih sokongan netizen yang menyifatkan semua pihak wajar mengambil kira kemampuan ibu bapa.

Namun, Fizz berpendapat sebaliknya dengan meminta penjaga tidak berkira apabila membabitkan anak, selain majlis seumpama itu hanya diadakan setahun sekali.

Begitupun, dalam ruangan komen suami kepada Yana Samsudin yang juga pengarah dan penulis skrip Fadzil Zahari menolak tanggapan Fizz mengenai sikap berkira ibu bapa.

Katanya, bantahan dibuat bukan disebabkan berkira, sebaliknya lebih kepada perbezaan dan kemampuan ekonomi sesebuah keluarga.

Dalam hal ini Mizz Lahar bersetuju dengan Fadzil memandangkan banyak lagi keluarga yang masih struggle demi sesuap nasi. Kasut kita tak mungkin sama dengan orang lain.

Mizz Lahar: Usahawan sensasi, Kak KM sekarang sudah jadi tauke konsert.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI