fbpx

KKM kenal pasti tindakan sesuai ke atas penjual energy stick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisman (tiga dari kiri) meneliti cenderamata yang diserahkan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ismuni Bohari (kiri) di UTC Perlis sempena pelancaran Wellness Hub di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti dan mengenal pasti bentuk tindakan serta peraturan ke atas penjual produk ‘energy stick’ atau produk penyedut hidung yang dilihat menjadi trend dalam kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM telah dihubungi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM) berhubung isu tersebut.

“Sudah pasti kita melihat apakah bentuk tindakan serta peraturan yang boleh diambil bagi mengelakkan ‘nasal inhaler’ ini terus dipasarkan kerana ia menyerupai vape (rokok elektronik) serta boleh memudaratkan kesihatan khususnya kanak-kanak.

“Ia adalah perkara baharu dan kita tiada data penggunaan produk itu dalam kalangan kanak-kanak, namun kita memantau rapi isu ini,” katanya selepas melancarkan Wellness Hub Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis di sini hari ini.

Kata beliau, kenyataan lanjut berhubung isu penjualan dan penggunaan produk ‘energy stick’ akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI