fbpx

Dua gempa bumi di Filipina selang sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat gempa bumi yang berlaku di Luzon, Filipina pada pukul 12.05 tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Dua gempa bumi sederhana berlaku di dua lokasi berbeza sekitar Filipina sebentar tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian pertama berlaku di Mindanao kira-kira pukul 10.57 pagi.

“Gempa bermagnitud 5.1 itu berlaku pada jarak 75 kilometer (km) timur laut dari Bislig dengan kedalaman 10 km,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia malaporkan, kejadian kedua berlaku pada pukul 12.05 tengah hari tadi di Luzon bermagnitud 5.4.

Jelasnya, gempa terbabit berlaku pada jarak 49 km dari timur laut Laoag City dengan kedalaman 10 km.

Bagaimanapun kata MetMalaysia, kedua-dua kejadian itu tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI