fbpx

Peniaga warung ‘umpan’ RM100 nodai enam budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK berusia 57 tahun dan telah berkahwin disyaki melakukan amang seksual terhadap enam kanak-kanak lelaki sejak September tahun lalu. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

JASIN – Seorang peniaga warung diberkas polis selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap enam kanak-kanak lelaki dengan mengumpan mangsa menggunakan wang RM100, sejak September tahun lalu.

Suspek berusia 57 tahun dan telah berkahwin itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada pukul 8.56 malam tadi di kediamannya di Simpang Bekoh dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, tangkapan itu dibuat susulan enam laporan polis yang diterima pada pukul 2.58 petang hari sama mengenai kejadian amang seksual fizikal ke atas enam pelajar lelaki berusia antara 12 hingga 13 tahun.

Katanya, suspek telah memperdayakan mangsa-mangsanya dengan menawarkan wang sebanyak RM50 sehingga RM100 kepada kanak-kanak itu sebagai upah bagi melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku sejak September tahun lalu sehingga Januari baru-baru ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, suspek kini telah diberikan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini yang dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jasin, Mohd. Firdaus Salleh.

“Perintah reman sehingga 13 Februari itu diberikan bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a)/15A(1)/ 15B(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI