fbpx

Usul undi percaya memperlihatkan Ahmad Faizal ditolak – PKR Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Usul undi percaya yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu (BN-UMNO), Datuk Abdul Manaf Hashim terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu jelas menunjukkan semangat kesepakatan ADUN Perak dalam menjamin masa depan rakyat terhadap Menteri Besar yang gagal mendapat kepercayaan.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, usul itu yang telah disegerakan membuktikan bahawa kerajaan Ahmad Faizal tidak ada keabsahan.

Katanya, ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19, jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan ia hanya akan memudaratkan rakyat.

“Namun apa yang jelas adalah Ahmad Faizal telah ditolak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“PKR Perak menerima keputusan ini dengan baik dan kita akan memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri agar fokus kepda kebajikan rakyat tidak terabai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Farhash Wafa berkata, beliau juga ingin menasihatkan Ahmad Faizal untuk bermuhasabah diri setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya sembilan bulan bersama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI