fbpx

Pengarah syarikat terlibat kartel daging logo palsu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Pengarah syarikat pembekal makanan sejuk beku yang diserbu pihak berkuasa Rabu lalu akan ditahan Jabatan kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, hari ini.

Pegawai Kastam Kanan (Bahagian Penguatkuasaan) negeri, Khalik Drahman memberitahu, pengarah terbabit berusia 40-an dan merupakan seorang warganegara tempatan.

Katanya, suspek akan ditahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan dokumen diperlukan ketika diperiksa.

“Pada hari ini, Kastam akan menyita tiga buah lori yang mengandungi produk daging sejuk beku yang tidak memiliki logo halal.

“Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyita produk daging sejuk beku yang menggunakan tanda logo halal,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan di sini, hari ini.

Rabu lalu, Maqis mengetuai serbuan melibatkan sebuah syarikat yang menyeludup daging sejuk beku ke negara ini dan membungkus semula daging berkenaan dengan logo halal palsu.

Berdasarkan siasatan awal pihaknya, daging sejuk beku yang diseludup masuk itu datang dari Brazil, China, Ukraine dan Argentina.

Tambah Khalik, pihaknya juga tidak menafikan kemungkinan terdapat pihak lain yang melakukan kegiatan serupa kerana pasaran daging halal adalah besar, termasuklah di negara ini.

“Tindakan kartel ini memalsukan logo Halal Australia adalah kerana logo halal negara berkenaan diyakini masyarakat Islam. Secara tidak langsung mereka boleh menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

“Ketika ini, daging berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia dalam waktu terdekat untuk ditentukan jenis dagingnya, sebelum tindakan lanjut boleh diambil,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, daging berkenaan akan diberi kepada zoo untuk dijadikan makanan haiwan atau dilupuskan mengikut kaedah ditentukan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI