JAKARTA – Seorang pelajar sekolah menengah di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis dan memakai seragam Polis Republik Indonesia (Polri), lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Pelajar berusia 15 tahun itu ketika ditahan, memakai seragam berwarna coklat dilengkapi lencana pangkat.
Ketua Unit Perintis Sabhara Polis Wilayah Sulawesi Tenggara, Inspektor Toyo berkata, pelajar berkenaan ditahan kelmarin.
“Pada hari Ahad, 4 Januari, kami menahan orang awam yang mengaku sebagai anggota Polri,” katanya.
Tambah Toyo, individu tersebut merupakan pelajar sebuah sekolah menengah rendah di Kota Kendari.
“Berdasarkan keterangan, dia memberitahu mendapat pakaian seragam itu daripada keluarganya dan mengaku berbuat demikian kerana bercita-cita menjadi anggota Polri,” ujar Toyo. – AGENSI