fbpx

King’s Park, YBK kumpul dana RM15 juta bina kediaman baharu kepada PKKII

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil King's Park dan YBK bergambar bersama penghuni rumah PKKII pada satu majlis baru-baru ini.

PETALING JAYA – Syarikat perniagaan, King’s Park telah berbesar hati menghadiahkan sebidang tanah di Bentong kepada Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan (PKKII) masalah mental.

Tanah seluas kira-kira 3.13 hektar (7.75 ekar) itu akan menempatkan bangunan baharu untuk PKKII yang sebelum ini beroperasi di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Pengarah King’s Park, Hendric Lim berkata, pemberian tanah dan projek pembinaan bangunan baharu untuk PKKII tersebut adalah dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Jelasnya, bagi menjayakan inisiatif itu, kedua-dua pihak akan membuat kempen mengumpul dana dikenali sebagai ‘Happy Nest Building Donation’.

“Kami tidak hanya memberikan tanah, bahkan kami memberikan kanak-kanak istimewa ini sebuah permulaan baru, tempat mereka boleh bermain, belajar dan berkembang.”

“Kami bekerjasama dengan YBK untuk mengumpulkan dana sebanyak RM15juta, menawarkan insentif tambahan untuk pengecualian cukai kepada para penyumbang. Kami mengalu-alukan orang ramai atau organisasi untuk turut sama membantu,”katanya dalam satu kenyataan, Sabtu lalu.

Terdahulu, kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou)bagi kerjasama tersebut yang mana King’s Park diwakili Hendric Lim, manakala YBK oleh Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom.

PKKII adalah sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak.

Rumah anak yatim PKKII yang terletak di Happy Garden, Kuchai Lama bergantung kepada dana awam untuk operasi memberi khidmat kepada lebih 70 orang belia dan kanak-kanak yang tinggal di PKKII sejak kecil lagi.

Perbelanjaan bulanan rumah ini melebihi RM40,000 dan pengumpulan dana seperti jualan amal dan makan malam amal dijalankan bagi memastikan kelangsungan operasi rumah ini.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, pihaknya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan King’s Park dalam projek pengumpulan dana terbabit.

“Kami mengalu-alukan orang awam serta organisasi bersama menyertai kami dalam perjalanan ini dalam memastikan ‘Happy Nest Building Donation’ berjaya direalisasikan.

“Kami merasa sangat gembira King’s Park sudi menaja para belia kami dan kami amat yakin bahawa mereka juga akan menantikan pengalaman dan latihan kemahiran di rangkaian resort anda,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI