fbpx

Rumah Seri Kenangan padat, KPWKM galak pembukaan PAWE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANCY melawat gerai pameran sempena pelancaran CBO di Kompleks Penyayang Lesung Batu, Alor Gajah, Melaka. Foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

ALOR GAJAH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dibuka di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana Rumah Seri Kenangan (RSK) berjumlah 10 buah di seluruh negara ketika ini tidak lagi mampu menampung kemasukan warga emas yang semakin bertambah setiap tahun.

Menurutnya, kerajaan menyediakan geran berjumlah RM50,000 setahun dalam usaha memperbanyakkan penubuhan PAWE oleh pihak komuniti dan swasta.

“Kalau dulu kita mengatakan setiap Parlimen hanya ada satu sahaja PAWE tetapi sekarang ini boleh lebih daripada satu dan mereka tidak perlu ada premis sendiri, mereka hanya perlu ada kawasan rukun tetangga (KRT).

“Ia bagi membolehkan lebih ramai warga emas di seluruh negara mendapat akses kepada kemudahan fasiliti itu untuk menjalankan aktiviti atau program di peringkat komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pelancaran Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) di Kompleks Penyayang di sini, hari ini.

Tambah Nancy, kelulusan sesebuah PAWE adalah berasaskan lima kriteria utama iaitu lokasi, populasi warga emas, komuniti penggerak, premis dan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah dan negeri.

“Geran RM50,000 diberikan adalah untuk perbelanjaan pengurusan PAWE, di samping turut digunakan bagi sebarang aktiviti dianjurkan.

“Setakat ini terdapat 161 PAWE di 146 Parlimen seluruh negara yang dimanfaatkan lebih 52,000 warga emas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI