fbpx

“Mata saya ditutup, tangan digari 45 hari”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Maarouf menceritakan penyeksaan dilalui sepanjang ditahan tentera Israel.

PETALING JAYA – Seorang doktor pakar kanak-kanak di Gaza menceritakan, beliau diseksa oleh tentera Israel dengan cara ditutup mata dan digari tangan selama 45 hari sepanjang berada di dalam tahanan.

Dr. Maarouf yang bertugas di Hospital Al-Ahli di Gaza berkata, beliau bersama tahanan lain juga dipaksa tidur dalam keadaan bising apabila tentera Israel memasang muzik menggunakan pembesar suara.

Menerusi temu bual disiarkan pada Instagram AJ+ milik Al-Jazeera, Dr. Maarouf memaklumkan beliau kini hilang upaya pada tangannya kesan daripada digari dalam tempoh yang lama.

“Mata saya ditutup selama 45 hari, manakala kaki juga diikat selama 45 hari. Kaki saya sangat lemah, saya tak mampu lawan mereka. Sekarang saya tak dapat ‘rasa’ tangan saya, saya hilang upaya.

“Tentera Israel bawa kami ke tempat yang penuh dengan batu dan memaksa kami tidur di situ, tanpa bantal, tilam atau selimut.

“Mereka mainkan muzik yang bising menggunakan pembesar suara seperti berada di dalam parti. Kemudian mereka arahkan kami tidur,” katanya dalam video tersebut.

Dr. Maarouf turut menceritakan, mereka juga dibiarkan kelaparan oleh tentera Israel selama tempoh tujuh minggu tersebut sehingga beratnya hilang lebih 25 kilogram.

Sementara itu, beliau turut bimbang keadaan isteri dan lima anaknya yang sehingga kini masih tidak dapat dihubungi.

“Saya tak tahu khabar keluarga saya, tak tahu di mana isteri dan anak-anak. Saya tak dapat berhubung dengan mereka.

“Semasa saya ditahan, Israel telah bom kawasan yang menempatkan keluarga saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI