PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak, petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, ia disusuli dengan ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.
“Cuaca buruk berkenaan dijangka berlaku di negeri Sarawak di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru dan Miri).
“Sementara itu di Sabah, cuaca buruk sama dijangka melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Tawau (Tawau dan Lahad Datu),” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.