fbpx

Teuku Ryan dituduh bertahun tak ‘sentuh’ Ria Ricis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEUKU Ryan didakwa sudah lama tidak 'bersama' dengan isterinya, Ria Ricis.

KEMELUT rumah tangga pelakon Ria Ricis dengan Teuku Ryan yang kini berlanjutan ke Mahkamah Agama Jakarta Selatan sejak 30 Januari lalu semakin diperkatakan ramai.

Pada usia perkahwinan yang baru mencecah dua tahun, permohonan perceraian diajukan adik kepada Oki Setiana Dewi itu mengejutkan ramai memandangkan mereka tampak harmoni.

Dakwaan suami Oki yang juga biras Teuku Ryan menambahkan lagi kekalutan apabila lelaki itu mendakwa Ria tidak disentuh suaminya sejak melahirkan anak mereka.

Menurut Ory Vitrio, tiada hubungan kelamin antara Ria dan Teuku Ryan sejak adik iparnya itu hamil sehingga kelahiran Cut Raifa Aramoana yang kini berusia 18 bulan.

Susulan itu, pelakon terbabit meluahkan kekesalan berdepan tuduhan yang disifatkan melampau dan sengaja dibuat untuk memburukkan dirinya.

Katanya, isu yang diketengahkan birasnya itu fitnah sedangkan dia tidak mengetahui hal sebenar.

Sehingga kini Ria juga ibu hanya berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI