fbpx

Saya sanggup mati demi lindungi Musa – Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH memaklumkan anak angkatnya, Musa berada dalam keadaan baik sepanjang di bawah jagaannya. - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Penyanyi Noh Salleh mendakwa bekas isteri, Mizz Nina tidak menjaga anak angkat mereka, Musa sebaliknya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pengasuh.

Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 39, turut menyatakan Musa berada dalam keadaan baik sepanjang di bawah jagaaannya selama tiga minggu.

“Hanya orang yang terror (pandai) jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira.

“Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dia dengan kami, dia sangat gembira. Saya tidak pernah melihat wajahnya seperti itu.

“Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tidak pernah jaga dia, tinggalkan (Musa) pergi ‘dating’ di Amerika Syarikat. Yang jaga Musa pun bibik. Trauma itu berlaku di bawah jagaan dia,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, vokalis kumpulan Hujan itu akan cuba mencari jalan berjumpa dengan anak angkatnya selain memaklumkan tindakan Nina yang cuba memisahkan Musa daripadanya.

“Dari awal lagi saya rasa sebelum kahwin dengan mamat itu (Essam), dia tak bagi Musa panggil saya bapak. Ketika itu dia cuba putuskan saya dengan Musa.

“Saya sanggup mati untuk melindungi Musa tetapi akan buat dengan cara baik bukan dengan fitnah dalam media sosial. Saya akan memohon untuk hak lawatan.

“Hubungan anak dengan bapa ini, walaupun bukan anak kandung , saya kalau dah sayang, saya sanggup mati demi lindungi Musa. Saya akan ikut undang-undang, tidak mahu rakus,” jelasnya.

Hari ini, Nina hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat mengesahkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI