fbpx

ASP, sarjan didakwa menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Dua anggota polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan sarjan ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menyamun seorang lelaki melibatkan kerugian RM5,150 di Wakaf Tembusu, Kuala Nerus pada minggu lalu.

Kedua-dua suspek masing-masing telah ditahan pada Sabtu dan Ahad lalu setelah mangsa membuat aduan polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mangsa pada mulanya membuat laporan polis mendakwa telah disamun oleh dua lelaki.

“Dia mendakwa turut dipaksa dua suspek terbabit untuk mengeluarkan duit simpanan sebanyak RM5,000 di mesin pengeluaran wang (ATM) sebuah stesen minyak di Wakaf Tembusu, Kuala Nerus pada 1 Februari lalu.

“Siasatan awal menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pengecaman gambar dilakukan mangsa kemudiannya mengenalpasti suspek-suspek sebenarnya anggota polis,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, berdasarkan maklumat itu kedua-dua pegawai dan anggota polis berpangkat ASP dan sarjan berkenaan telah diberkas di dua lokasi berasingan pada 3 dan 4 Februari lalu.

Tambah beliau, mereka ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI