fbpx

Makmal dadah dalam kilang terbiar digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan ketulan kristal methamphetamine yang dirampas pihaknya pada sidang akhbar di IPD Shah Alam,hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kegiatan memproses dadah yang berselindung dalam sebuah kilang terbiar minyak masak kitar semula di Kampung Bukit Cherakah, Klang dekat sini sejak dua bulan lalu berakhir apabila digempur polis baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang pada 30 Januari lalu, berjaya menahan dua lelaki termasuk warga asing berusia 22 dan 37 tahun bersama pelbagai dadah dianggarkan berjumlah RM850,611.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati tapak kilang tersebut sebelum ini sebelum disewakan untuk memproses minyak terpakai namun operasinya tergendala.

Katanya, sindiket kemudiannya telah menggunakan sebagai makmal mini dadah dengan lokasi tersebut terlindung daripada orang ramai.

“Kita berjaya merampas 440 gram ketulan kristal methamphetamine, 1.03 kilogram (kg) cecair methamphetamine, 53 kg serbuk ephidrine, pelbagai peralatan dan bahan kimia bagi tujuan penghasilan dadah.

“Kesemua dadah tersebut dipercayai untuk pasaran di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Menurut beliau, kita mempercayai sindiket ini menjalankan modus operandi mereka adalah secara berpindah-randah susulan peralatan yang kecil dan mudah dibawa selain mengelakkan dikesan polis.

Ujar Hussein, siasatan mendapati kedua-dua suspek tersebut positif amphetamine dan methamphetamine dengan masing-masing bekerja sebagai penghantar barang dan buruh binaan.

“Seorang lelaki warga asing tersebut juga didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selain semakan juga menunjukkan seorang daripadanya mempunyai rekod lampau.

“Mereka kini disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menegaskan pihaknya berjaya menahan 40 tokan dan 20 orang berstatus dikehendaki dalam Ops Tapis Khas di sekitar negeri ini.

Tambahnya, polis juga menangkap 670 orang menerusi 349 serbuan selain 193 lokasi penagihan dadah digempur termasuk di kawasan Felda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan jeti nelayan.

“Hasil rampasan dadah keseluruhan bagi Ops Tapis Khas adalah sebanyak 63.5 kilogram dan 32 liter cecair pelbagai dadah dianggarkan bernilai RM868,163.

“Turut dirampas adalah satu laras senapang angin buatan sendiri di daerah Klang Utara yang disiasat dibawa Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya, -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI