fbpx

Musa alami trauma, kuku panjang, tidak terurus – Mizz Nina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mizz Nina dan suami, Essam.

SHAH ALAM – Selepas berpisah dengan anak angkatnya lebih tiga minggu, aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa kanak-kanak lelaki itu mengalami trauma.

Kata Nina, 44, anak angkatnya iaitu Musa mula mengalami trauma sejak berjauhan dengannya selepas bekas suaminya, Noh Salleh melarikan anak kecil itu selama beberapa minggu.

“Bayangkan budak sekecil itu dibawa keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.

“Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tetapi tidak boleh berjumpa.

“Dalam masa sama, dia mengalami ketakutan yang amat sangat dan begitu juga dengan saya, sangat risaukan dia,” katanya.

Tidak menunggu lama, bekas penyanyi wanita itu terus membawa anak angkatnya berjumpa pakar psikiatri selepas berjumpa Musa semula dan mendapati anaknya mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta tidak terurus.

“Sewaktu Musa pulang dari rumah, dia mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta kukunya panjang dan kotor.

“Saya dan suami segera bawa Musa berjumpa dengan beberapa orang doktor dan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mentalnya,” jelasnya.

Selain itu, Nina turut memaklumkan ketidakberadaan Musa dibawah jagaannya menyebabkan anaknya berdepan dengan masalah pengabaian ibu bapa (abandonment issue).

“Sebagai contoh kalau saya mahu bawa dia keluar, Musa akan takut dan berpaut pada saya.

“Dia seolah-olah seperti sudah hilang kepercayaan dan merasakan yang saya takkan kembali kepada dia,” tuturnya.

Hari ini, Nina hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat mengesahkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali mengesahkan di hadapan hakim.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mendirikan rumah tangga dengan Noh pada pada 2 Julai 2011 namun bercerai Ogos 2022.

Pada Mac 2022, Nina dan Noh mengumumkan kehadiran anak angkat lelaki mereka yang diberi nama Musa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI