fbpx

Tembak PGA: Empat suspek baharu direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek direman lima hari bagi membantu siasatan insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Mahkamah Kangar hari ini.

KANGAR – Polis terus giat memburu suspek bagi membantu siasatan insiden tembakan sehingga mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand dengan empat lagi lelaki direman selama lima hari.

Perintah reman bermula hari ini hingga Selasa itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Siti Nor Hasliza Md. Ali di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar pagi tadi.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 41 ditahan di negeri ini dan Kedah kira-kira pukul 4.30 petang hingga 11.30 malam semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tiga daripada suspek ditahan di Padang Besar manakala seorang lagi suspek yang berusia 19 tahun ditahan di Alor Setar.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya akan membuat beberapa lagi tangkapan baharu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Tangkapan baharu itu menjadikan kesemua yang ditahan setakat ini seramai 41 lelaki yang turut melibatkan empat warga Thailand dan seorang dalang penyeludupan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI