fbpx

Lepas kereta mewah, Saharul Ridzwan jual rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHARUL RIDZWAN

PETALING JAYA – Tidak menunggu lama selepas berjaya menjual kereta mewah jenama Mercedez Benz, pelakon Saharul Ridzwan mahu melepaskan pula sebuah kediaman miliknya di Cyberjaya.

Pemilik nama sebenar Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 35, itu berkata, dia berbuat demikian disebabkan bimbang dengan status pinjaman konvensional dibuat yang melibatkan pembiayaan bank berunsur riba.

“Kereta selesai masalah, ada satu lagi masalah iaitu rumah. Insya-Allah nanti kita tengok pula rumah di Ceria Residence.

“Lepaskan rumah pula (kerana) yang ini sangatlah membebankan saya setiap hari untuk fikirkan sebab pinjaman konvensional.
Doakan semoga dapat selesai. Amin Ya Allah,” katanya dalam hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian video tersebut, bapa kepada tiga anak itu dilihat sedang membersihkan kenderaan sebelum diserahkan kepada pemilik baharu.

Pada masa sama, pelakon filem Coast Guard itu menzahirkan terima kasih atas doa dititipkan ramai yang disifatkan membawa makna cukup besar terhadap dirinya.

Saharul juga berharap urusan membabitkan penyerahan kenderaan terbabit berjalan lancar dan pemilik baharu menjaganya dengan baik.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Doakan proses seterusnya dipermudahkan Allah. Belum selesai semua lagi, bila dah tukar nama baru selesai.

“Terima kasih atas doa anda semua. Nampak macam benda kecil tapi sangatlah bermakna bagi saya.

“Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan dan dibantu untuk selesaikan perkara-perkara yang perlu diselesaikan,” ujarnya.

Berdasarkan perkongsiannya, kenderaan yang dibeli dengan pinjaman bank berjumlah RM200,000 tahun 2018 dapat dijual pada harga RM84,000.

Sebelum ini, Saharul menyatakan dia membeli kereta mewah itu akibat termakan pujukan rakan bagi menunjukkan status sebagai usahawan, namun kemudian bertukar menjadi beban. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI