fbpx

Terus terang, sebab kita nak selamatkan Musa – Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Noh Salleh mengharapkan jawapan jelas daripada bekas isterinya, Mizz Nina berkenaan isu penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa. - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengharapkan jawapan jelas daripada bekas isterinya, Mizz Nina berkenaan isu penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Dalam masa sama, Noh yang tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pukul 8.45 pagi untuk prosiding penarikan balik mahu menyelesaikan kes secara baik.

“Saya nak tunggu jawapan dia. Kenapa dia tarik balik dan kita nak balas dan terus terang dari awal kenapa kita nak selamatkan Musa.

“Saya harap semua selesai. Benda gaduh-gaduh dari mereka, kami dari awal nak selesaikan dengan cara baik. Jadi semua selesai baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Pelantun lagu Angin Kencang itu hadir bersama-sama peguam yang mewakilinya, Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin.

Sementara itu, suami kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina iaitu Muhamad Essam yang hadir ke mahkamah pada 9.05 pagi mahu menjelaskan lanjut selepas keputusan dibacakan pada pagi ini.

“Kami akan jelaskan selepas ini,” katanya Essam ringkas sambil berlalu memasuki ruang lobi mahkamah berkenaan.

Semalam peguam mewakili Mizz Nina selaku plaintif iaitu Fakhrul Azman memaklumkan prosiding Sulh tidak berlangsung susulan penyanyi itu telah menarik semula kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan Inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mengakui perkara yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan itu memberikan kesan emosi kepadanya apatah lagi, dia adalah ibu susuan kepada Musa dan tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.

Nina sebelum ini mendakwa kejadian anaknya dibawa keluar dari rumah berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan semula Musa.

Noh dalam kenyataan kepada media pula berkata, tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Vokalis kumpulan Hujan itu kemudian tampil membuat permohor maaf secara terbuka selepas dituntut ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG), berkata, dia juga akan engikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam gambar Musa di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI