fbpx

200 mangsa banjir di Pasir Puteh dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Kampung Gong Pasir, Pasir Puteh dipindahkan ke PPS SK Sungai Petai pada pukul 1 pagi tadi.

PASIR PUTEH – Seramai 200 mangsa banjir daripada 58 keluarga di 16 buah kampung yang ditenggelami air di sini dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Banjir Daerah, Ab. Pattah Hasbullah berkata, kampung yang terlibat ialah Kampung Saring, Kampung Gong Serapat, Kampung Jerat Semata, Kampung Bukit Gedombak dan Kampung Dalam Kemunting.

Katanya, 67 mangsa daripada 17 keluarga dari lima buah kampung itu ditempatkan di PPS Dewan Kompleks Kamil.

Menurutnya, 17 mangsa banjir di Kampung Daram Buaya dan Kampung Batu Hitam dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai di sini berikutan keadaan air semakin meningkat sehingga 0.7 meter awal malam tadi.

“Seramai 37 orang mangsa dari Kampung Bukit Bidang dan Kampung Lepah ditempatkan di PPS Bukit Jawa 2

“25 mangsa melibatkan 10 buah keluarga di Kampung Nering, Kampung Saring, Kampung Gong Serapat dan Kampung Wakaf Gunung dipindahkan ke PPS SK Kamil Tiga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ab. Pattah berkata, 23 penduduk di Kampung Gong Pasir pula dipindahkan ke PPS Sungai Petai berikutan air bah dari sungai dan tali air berdekatan melimpah ke kawasan rumah mereka awal pagi tadi.

Katanya, terbaharu, enam buah keluarga melibatkan seramai 31 orang di Kampung Tasek Tok Kundur yang sebelum ini terperangkap apabila laluan ke kampung itu ditenggelami air terpaksa dipindahkan ke PPS SK Wakaf Raja apabila air Sungai Buaya Ikat sudah menenggelamkan kawasan rumah mereka.

Ab. Pattah berkata, hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan kampung terbabit dan laluan jalan raya di daerah ini mula ditenggelami banjir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI