fbpx

Kes denggi menurun, 7 kematian dilapor pada Minggu Epidemiologi ke-04

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes demam denggi menurun daripada 3,971 kes kepada 3,781 kes pada Minggu Epidemiologi ke-04 iaitu bagi tempoh 21 Januari hingga 27 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, bagi tempoh berkenaan juga sebanyak tujuh kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-04 adalah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Manakala terdapat sembilan kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding empat kematian bagi tempoh yang sama pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, tadi.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada minggu berkenaan adalah sebanyak 148 lokaliti berbanding 127 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“Dari pada 148 lokaliti yang dilaporkan, 124 lokaliti di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (14), Negeri Sembilan (lima), Perak (tiga) manakala Pulau Pinang dan Sabah masing-masing (satu),” ujarnya.

Jelas beliau, bagi survelan chikungunya pula, tiada kes direkodkan pada minggu berkenaan menjadikan junlah kumulatif sehingga kini adalah dua kes.

Mengulas mengenai survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 149 sampel darah telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI