fbpx

Pengampunan Najib: Polis tanya Tony Pua 60 soalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tony Pua ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua disoal sebanyak 60 soalan berhubung hantaran bersifat biadab susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelas beliau, kerjasama penuh diberikannya sepanjang proses memberi keterangan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Antara soalan yang ditanya adakah saya menulis dan membuat hantaran tersebut. Pihak polis minta saya menyerahkan komputer peribadi milik yang digunakan saya semasa membuat lima hantaran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui media sebaik sahaja selesai memberi keterangan di Bukit Aman pada pukul 2.30 petang.

Jelas Tony, lima hantaran yang dibuat dalam laman sosial Facebook pada Sabtu lalu dilihat tidak mengandungi sebarang unsur hasutan.

“Saya telah hadir memberi keterangan di Bukit Aman bagi siasatan lanjut di bawah Akta Hasutan berkaitan lima hantaran saya di laman sosial Facebook peribadi saya berkait keputusan Lembaga Pengampunan.

“Pada saya, tidak tahu macam mana sebarang hantaran yang dibuat itu mengandungi unsur hasutan di bawah akta tersebut kerana saya lihat ia tiada unsur hasutan,” katanya.

Dalam pada itu, Tony juga berharap pihak polis akan membuat siasatan penuh dengan cepat bagi menolak segala tuduhan yang dibuat oleh pihak luar sana.

Beliau berkata, siasatan terhadapnya dilakukan selepas satu laporan dibuat oleh UMNO di Johor.

“Saya tidak pasti individu mana yang buat laporan berkenaan tetapi saya ia rasa membuang masa pihak polis untuk siasat bukan buang masa saya sebab saya dah bersara,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain ketika dihubungi media mengesahkan telah mengambil keterangan Tony hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI