fbpx

EPL: Keinginan Arsenal belum padam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL meraih kemenangan ketika menewaskan Liverpool untuk terus mencabar kejuaraan EPL musim ini. - AFP

LONDON – Arsenal masih belum mengalah dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila semakin merapatkan kedudukan selepas membenam pendahulu liga, Liverpool 3-1 di Emirates awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan The Gunners hanya dibezakan dua mata dengan Liverpool, sekali gus masih memiliki peluang cukup besar untuk bergelar juara memandangkan liga masih berbaki 15 perlawanan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya pasukannya sudah semakin matang, jauh berbeza jika dibandingkan dengan musim lalu di mana mereka mensia-siakan kelebihan lapan mata yang dimiliki pada Januari.

“Kami semakin hampir untuk sampai ke situ (pendahulu liga). Kami mahu teruskan aksi konsisten yang ditampilkan sepanjang saingan musim ini. Jika tidak, mana mungkin kami boleh berada di sini.

“Bagaimanapun, kami akan fokus satu demi satu perlawanan selain perlu mengharapkan semua pemain kekal cergas. Kami sudah belajar sesuatu daripada saingan musim lalu, jadi kami mahu lakukannya (juara),” katanya.

Pada perlawanan semalam, The Gunners menjaringkan tiga gol menerusi Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard manakala jaringan tunggal pasukan pelawat hadir menerusi gol sendiri Gabriel Magalhaes.

“Satu perlawanan yang sangat hebat, saya fikir ini adalah suasana paling menakjubkan musim ini. Pemain-pemain memberikan segala-ganya pada perlawanan hari ini (semalam) dan saya bangga dengan aksi ditunjukkan,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI