fbpx

Majikan perlu biaya kos penghantaran pulang PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (kiri) dan M. Saravanan pada sidang akhbar selepas mesyuarat mengenai pengurusan pekerja asing di Kompleks D, Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Mesyuarat Pengurusan Pekerja Asing hari ini bersetuju supaya majikan dalam kalangan syarikat besar dibenarkan membiayai kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada dalam tahanan depot.

Sebagai timbal balas, syarikat besar berkenaan akan diberikan kuota penggajian pekerja asing yang baharu khususnya yang ditempatkan di depot tahanan PATI.

Persetujuan cadangan itu dicapai hasil mesyuarat antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan itu akan diteliti dan jika dapat dilaksanakan, kerajaan dapat mengurangkan kos tanggungan tahanan dalam depot.

“Jika syarikat besar ini memerlukan pekerja asing dengan segera mereka boleh memilihnya dari depot tahanan ini.

“Namun, tidak semua tahanan di depot boleh bekerja semula malah, peratusannya kecil sahaja. Justeru, jika mereka (syarikat besar) ingin kurangkan kos pengambilan pekerja asing mereka boleh manfaatkan perkara itu.

“Anda datang sini, hantar pekerja asing pulang dan sebagai ganti boleh pilih pekerja asing dalam depot ini untuk diambil bekerja. Ia berdasarkan nisbah 1: 1, hantar seorang dan ambil seorang. Cadangan ini akan dibentangkan pada peringkat Jemaah Menteri nanti bagi mendapat kelulusan,” katanya.

Hamzah berkata, cadangan itu penting bagi mengelak penularan wabak Covid-19 sekiranya perlu membawa pekerja asing yang baharu ke negara ini.

“Kami anggarkan hanya 15 peratus daripada kira-kira 20,000 pekerja asing di dalam depot tahanan akan diambil bekerja semula.

“Tetapi, semua kena faham bahawa tidak semua pekerja asing di dalam depot tahanan boleh diambil bekerja semula kerana ia bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Selain itu, Hamzah berkata, mesyuarat sama turut bersetuju dengan cadangan KSM untuk menangguhkan pelaksanaan multi tier levy dari 1 Januari 2021 ke 1 Julai 2021.

“Langkah ini dibuat selepas mengambil kira impak pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan pertumbuhan industri dan membantutkan operasi perniagaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI