fbpx

Rangka Kewangan Lestari Malakoff diiktiraf Emas oleh MARC Ratings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) beroleh Penilaian Impak ‘Emas’ oleh MARC Ratings bagi Rangka Kerja Kewangan Mampannya berhubung program Sukuk Murabahah SRI Kewangan ASEAN.

Rangka kerja berkenaan penting dalam memajukan peralihan kepada ekonomi rendah karbon, dengan memudahkan penggunaan hasil untuk pembangunan projek hijau dan boleh diperbaharui.

Setelah menjalani penilaian menyeluruh, rangka kerja itu dilihat sejajar dengan piawaian penting termasuk Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Piawaian Bon Hijau, Piawaian Bon Sosial dan Piawaian Bon Kemampanan Forum Pasaran Modal ASEAN, serta garis panduan Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib menzahirkan kegembiraannya dengan penarafan tersebut, yang disifatkannya sebagai bukti dedikasi teguh syarikat ke arah mengembangkan portfolio tenaga boleh baharu (RE) dan dan memupuk perkongsian strategik.

“Sejak dua tahun lalu, kami telah meletakkan asas yang kukuh untuk mengubah Malakoff menjadi sebuah organisasi mampan, menyokong langkah Malaysia ke arah ekonomi yang lebih bersih dan lestari. 

“Kami telah mencapai kemajuan yang ketara dalam sektor RE dengan kerjasama pemimpin dan pelabur industri tempatan serta antarabangsa, terutamanya dengan fokus kepada kehadiran dalam pemasangan panel solar, stesen hidro mini dan penggunaan bahan api neutral karbon seperti biojisim. 

“Pengiktirafan ini bukan sahaja mengesahkan komitmen kami tetapi juga bertindak pemangkin yang mendorong kami untuk menyumbang secara bermakna kepada matlamat negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih seawal 2050 sambil memastikan keselamatan tenaga Malaysia,” katanya.

Sehingga kini, Malakoff melalui tonggak perniagaannya yang baharu ditubuhkan, Malakoff Green Solutions memiliki portfolio RE berjumlah 153 megawatt dari pelaksanaan projek Solar Skala Besar, Solar Atas Bumbung , stesen kuasa hidro kecil dan pemasangan infrastruktur mobiliti bebas karbon. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI