fbpx

[VIDEO] Noh pertahan diri, rasa dianiaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Noh Salleh rasa teraniaya sekiranya mahkamah hanya mendengar keterangan pihak plaintif iaitu Mizz Nina. - FOTO SYAKIR RADIN

SHAH ALAM – Penyanyi Noh Salleh benar-benar terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh, 39, berkata, adalah tidak adil sekiranya hanya keterangan pihak plaintif iaitu Mizz Nina didengari dan berasakan dirinya sudah dianiaya.

“Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi, tunggu esok (6 Februari) sebutan kes di hadapan hakim.

“Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

“Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja tidak boleh diguna pakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.

“Saya kena jawab segala tuduhan dan tak adil untuk saya. Ditambah pula dengan kejadian ketika rumah saya diketuk dan peguam datang beri surat mahkamah, ambil Musa tetapi tiba-tiba tarik balik. Tiada perjanjian, kalau ada tunjukkan,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Pelantun lagu Angin Kencang itu juga menegaskan bahawa Musa bukan anak Mizz Nina sebaliknya milik ibu kandungnya.

“Itu bukan anak dia, Musa anak ibu kandung dia.

“Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa.

“Harap ada kebenaran sebab saya sudah dianiaya dan saya mahu kebenaran muncul,” ujarnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata, tiada sebarang dokumen penyerahan dikemukan.

“Dalam dokumen penjagaan itu ada dua nama, satu nama Noh dan satu nama Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan, hanya ada dokumen penjagaan.

“Dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa. Siapa yang menidakkan siapa?” jelasnya.

Hari ini, peguam mewakili Mizz Nina selaku plaintif iaitu Fakhrul Azman memaklumkan prosiding Sulh tidak berlangsung susulan penyanyi itu telah menarik semula kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan Inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Mizz Nina bagaimanapun tidak hadir bagi prosiding hari ini sebaliknya diwakili suaminya iaitu Essam Muhammad.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mengakui perkara yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan itu memberikan kesan emosi kepadanya apatah lagi dia adalah ibu susuan Musa dan tidak pernah berjauhan dengan anaknya selama itu.

Mizz Nina sebelum ini mendakwa kejadian anaknya dibawa keluar dari rumah berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Mizz Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan semula Musa.

Noh dalam kenyataan kepada media pula berkata, tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Vokalis kumpulan Hujan itu kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut ibu kandung, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG), berkata, dia juga akan mengikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam gambar Musa dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI