fbpx

Keluarga pemuda didakwa maut selepas ditahan polis tuntut pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sekumpulan lelaki didakwa anggota polis ketika menahan mangsa di sebuah stesen minyak di Langkawi, seminggu lalu.

ALOR SETAR – Keluarga lelaki yang meninggal dunia akibat mengalami kecederaan selepas diberkas polis kira-kira seminggu lalu mahu kematian mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang individu dipercayai adik mangsa mengesahkan kematian abangnya yang didakwa cedera selepas ditahan polis di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat pada Isnin lalu.

Katanya, pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian tersebut yang mana video kejadian turut tular.

“Kami mahu hak keadilan. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah,” katanya menerusi Facebook miliknya.

Jenazah lelaki tersebut selamat dikebumikan di Langkawi, kelmarin setelah proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selesai.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung kejadian masih belum diperoleh setakat ini, namun difahamkan polis Kedah akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI